Pengenalan

Bahagian Hal Ehwal Pelajar adalah salah satu bahagian terpenting di dalam sistem Universiti Teknologi MARA (Perak). Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan dua fungsi penting iaitu:

Perkhidmatan Pelajar

  • Kemudahan Penempatan
  • Kemudahan Makanan
  • Bantuan Kewangan
  • Kebajikan Pelajar Perhubungan Pelajar dan Alumni

Pembangunan dan Kepimpinan

  • Latihan Pembangunan Pelajar
  • Pelaksanaan Aktiviti Pelajar
  • Pembangunan Sahsiah
  • Kegiatan Kokurikulum
  • Pembangunan Sukan
  • Khidmat Kerjaya dan Kaunseling
  • Pembangunan Keusahawanan
  • Kebudayaan dan Kesenian

Visi

Menjadi sebuah organisasi yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar bagi melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika.


Misi

Melahirkan graduan yang berperibadi murni, mempunyai jatidiri, bertanggungjawab, bertaqwa dan berdaya saing bagi mengimbangi tahap keilmuan serta kepakaran pelajar.


Objektif

Bagi mencapai visi dan misi Bahagian Hal Ehwal Pelajar seperti yang dinyatakan di atas, berikut merupakan objektif yang telah dirumuskan:

  • Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambahbaikan (value added) bagi mewujudkan lulusan yang bersifat global dan berdaya saing.
  • Memberi perkhidmatan serta kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan suasana dan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa dan kondusif.
  • Menggalakkan penggunaan IT melalui kemudahan yang disediakan, sesuai dengan perubahan dan keperluan masakini sejajar dengan dasar negara.

Fungsi

Bahagian Hal Ehwal Pelajar berperanan untuk memastikan penyediaan prasarana yang kondusif bagi pembelajaran dan urusan yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah pelajar,kemudahan kolej kediaman, kemudahan bantuan kewangan, kesihatan, kebajikan, kaunseling peribadi dan kerjaya, kegiatan persatuan, aktiviti sukan serta perniagaan. Bahagian ini juga terlibat dalam urusan disiplin pelajar.

Fungsi Bahagian Hal Ehwal Pelajar jelas apabila wujudnya Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 atau dikenali sebagai Akta 174. Secara amnya, fungsi Bahagian Hal Ehwal Pelajar adalah seperti berikut:

  • Menyediakan kemudahan penginapan dan makanan kepada pelajar yang tinggal di kolej.
  • Menyelaras perhubungan pelajar dengan pentadbiran UiTM, institusi-institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan luar dan orang perseorangan.
  • Menyelaras kegiatan pelajar seperti aktiviti keagamaan, intelektual, kepimpinan, kebudayaan, sukan, perniagaan dan sosial.Menyelaras kegiatan pelajar seperti aktiviti keagamaan, intelektual, kepimpinan, kebudayaan, sukan, perniagaan dan sosial.
  • Membantu pelajar mendapatkan bantuan kewangan dalam bentuk dermasiswa, biasiswa dan pinjaman.
  • Mengurus kebajikan pelajar termasuk hal-hal kecemasan dan kematian.
  • Menjaga ketenteraman dalam dan luar kampus melalui pelaksanaan Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.