|
|
|
|
| Latar belakang |
KUTAI digunakan sebagai singkatan (akronim) kepada Institute for Knowledge & Understanding of Tropical Architecture & Interior. Nama “kutai” itu sendiri sinonim dengan gaya reka bentuk seni bina tradisional Melayu Perak yang juga dipanggil sebagai rumah Kutai atau rumah tua. Inisiatif penubuhan KUTAI pada peringkat awal bertolak daripada perkongsian idea dan minat beberapa ahli akademik tentang penerusan atau survival warisan Melayu termasuk seni bina tradisional, seni dan kraf yang banyak terdapat dipersekitaran dan sepanjang Sungai Perak khasnya dan alam Melayu amnya. Dari perspektif ahli akademik dan penyelidik, Sungai Perak mempunyai nilai keaslian yang tinggi. Ia menempatkan perkampungan Melayu tradisional, masjid, makam dan keseluruhannya dilihat sebagai khazanah dan lubuk maklumat yang kaya dengan data-data yang berpotensi untuk dijadikan bahan penyelidikan. Fenomena ini kemudiannya membawa kepada penubuhan KUTAI diperingkat SIG (special interest group) pada 2000 dengan tujuan mengabungjalin lebih ramai ahli akademik dari pelbagai latarbelakang disiplin keilmuan tetapi atas gagasan pemikiran dan wawasan yang sama. Semenjak 2000 SIG-KUTAI telah menjalankan pelbagai aktiviti ilmiah termasuk penganjuran seminar, memimpin dan menjalankan penyelidikan serta menjadi peneraju kepada pembinaan tradisi keilmuan dan kesarjanaan di UiTM Perak. Seiring dengan jumlah penyelidik yang semakin ramai memiliki PhD dan mempunyai bidang kepakaran tersendiri, SIG-KUTAI telah dinaiktaraf oleh pimpinan UiTM Perak untuk dijadikan sebuah Pusat Kecemerlangan (COE) pada tahun 2009. Sejak itu COE-KUTAI telah memainkan peranan yang lebih besar dan penting dalam menjana aktiviti-aktiviti penyelidikan, penulisan dan perundingan. dijangka mampu membentuk medan kersarjanaan dan kepakaran yang lebih berwibawa serta sejajar dengan status UiTM Perak sebagai kampus yang mempunyai "niche area" dalam bidang reka bentuk dan alam bina. (design and built-environment). Inisiatif ini merupakan persediaan kepada UiTM Perak untuk membentuk penjenamaan tersendiri; sejajar dengan hasrat pengurusan universiti untuk menjadikan UiTM Perak sebagai sebuah universiti berotonomi di masa hadapan.
|