Universiti Teknologi MARA
  
 
 
 
 

 

GARIS PANDUAN
Program Pementoran

Pemilihan dan peranan mentor dan menti

  1. Setiap jabatan mempunyai fleksibiliti dalam menentukan siapa yang perlu mempunyai mentor. Semua pensyarah muda (sebagai menti) hendaklah diletakkan di bawah tanggungjawab pensyarah kanan (sebagai mentor) untuk memberikan bimbingan intelektual dan kerjaya, serta sokongan social;
  2. Pasangan mentor/menti seharusnya bersetuju pada ‘no-fault conclusion’ bagi hubungan mereka tidak kira daripada permintaan mana-mana pihak. Matlamat pasangan mentor dan menti adalah berdasarkan persetujuan bersama dan boleh berubah (jika perlu) setelah matlamat-matlamat dan keperluan-keperluan baharu dikenal pasti;
  3. Pasangan mentor dan menti akan ditentukan berdasarkan keperluan menti dan kekuatan mentor. Mentor boleh memilih dua menti untuk skop yang sama. Contohnya,  skop penyelidikan: menti A dan B. Menti boleh memilih dua mentor bagi bidang yang berbeza (jika perlu) contoh bidang pengajaran dan pembelajaran (wajib); mentor A dan satu lagi skop adalah penyelidikan; mentor B.

Pemilihan mentor

  1.  Mentor hendaklah terdiri daripada  pensyarah kanan yang telah berkhidmat lebih daripada 5 tahun;
  2.  Mentor hendaklan mudah memberi dorongan dan sokongan, motivasi yang baik, berkeyakinan mempunyai nilai kerja dan organisasi yang baik berkeyakinan, baik, mencipta nilai dan memberi nilai tambahan;
  3.  Mempunyai kualiti keperibadian yang baik seperti berdisiplin, daya kepimpinan serta kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik;
  4.  Mempunyai minat untuk meningkatkan mutu, kreativiti, inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, minat dalam penyelidikan, penulisan dan lain-lain
  5. Bagi pemilihan mentor untuk skop professionalism, mentor hendaklah dikalangan professionalism berdaftar seperti penilai berdaftar, perancang berdaftar, juru ukur berdaftar dan sebagainya;
  6. Bersih daripada pertuduhan / tindakan tatatertib.

Pemilihan menti

  1. Melibatkan semua pensyarah muda yang baru dilantik
Peranan mentor
    • Bertanggungjawab membimbing menti untuk memahami tanggungjawab sebagai pensyarah;
    • Mengenal pasti dan menilai apa yang boleh mentor lakukan kepada menti;
    • Menjelaskan jangkaan kepada menti tentang sejauh mana mentor boleh memberikan panduan mengenai isu peribadi dan juga isu professional seperti nasihat mengenai bagaimana mengimbangi masa untuk kerjaya dan keluarga;
    • Memastikan kritikan (dan juga pujian) diberikan apabila diperlukan dan memastikan mentor memberikan cadangan terperinci untuk penambahbaikan;
    • Membimbing menti dalam proses pembelajaran dan pengajaran seperti pelaksanaan e-learning, ISIS, Justifikasi Ujian (JSU), OBE, hal ehwal peperiksaan, pemarkahan, dan sebagainya;
    • Membantu menti untuk memahami dan mematuhi peraturan, pekeliling, polisi dan agenda UiTM;
    • Membantu menti untuk menggunakan kemudahan dan sokongan yang tersedia di UiTM untuk meneruskan perkembangan kerjaya (seperti dana untuk menghadiri persidangan atau bengkel,dana untuk melaksanakan penyelidikan, industrial attachement dll);
    • Berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran.
 
PENGUMUMAN
   
 

MUAT TURUN
Manual Pementoran Pensyarah (MaPP)

 
     
 
 
 
Borang Permohonan & Perjanjian (Muat Turun)
 
   
     
           

Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi MARA (Perak), Seri Iskandar, 32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Perak

Site Map |  Copyright & Disclaimer | Contact Us
Copyright @ 2013 to Laman Web Rasmi UiTM Perak. Power by HEA Webmaster