Universiti Teknologi MARA
  

PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI PEMENTORAN PERTEMUAN PERTAMA

Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pementoran Pertemuan Pertama
Pada pertemuan kali pertama, menti perlu menyenaraikan matlamat-matlamat kerjaya serta berbincang mengenai harapan dan jangkaan daripada program pementoran.

1. Senarai semak pertemuan pertama

Mengenali antara satu sama lain

  • Berkongsi maklumat mengenai kehidupan peribadi dan professional mentor/menti;
  • Belajar sesuatu yang baru mengenai menti/mentor.

Mewujudkan garis panduan

  • Bila dan di mana kita akan berjumpa?
  • Bagaimana kita menjadualkan perjumpaan antara kita?
  • Bagaimana cara kita berinteraksi di antara perjumpaan terdahulu sebelum perjumpaan yang berikutnya?
  • Apakah agenda yang akan diguna pakai oleh kita?
  • Adakah  sesuatu  agenda tetap yang akan dibincangkan di setiap perjumpuan kita?
  • Bagaimana kita akan bertukar maklumbalas?
  • Bagaimana kita mengukur kejayaan?

Perjanjian Pasangan Mentor-Menti

  • Mengkaji perjanjian pasangan mentor-menti, membuat pengubahsuaian jika perlu dengan menanda  tangani dan membuat pertukaran;
  • Mengkaji matlamat-matlamat daripada hubungan pementoran.

Mengesahkan Langkah-langkah Seterusnya
Penjadualan tarikh, masa dan tempat untuk seterusnya.

Mengaturkan Pertemuan Permulaan
Permulaan bagi temujanji pertama


Menti

Mentor

Mengaturkan temujanji


Menjadualkan pertemuan pertama.
Ambil langkah untuk menjadualkan temujanji pertama bersama mentor, dengan peruntukan kurang-kurangnya 60 minit. Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk sesi suai kenal dan juga untuk membuat perancangan tentang matlamat program pementoran ini.


Tindakbalas kepada permohonan temujanji.
Menti dikehendaki menghubungi mentor untuk mengaturkan pertemuan selama 60 minit atau lebih. Walau bagaimanapun, jika mentor tidak dihubungi oleh menti selama sebulan setelah dipasangkan, mentor perlu menghubungi menti untuk menetapkan pertemuan. Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk sesi suaikenal dan juga untuk membuat perancangan untuk mencapai matlamat program pementoran.

Bertindakbalas terhadap matlamat perhubungan


Memperjelaskan kemahuan dan keperluan anda.

Kenalpasti matlamat peribadi dan profesional dalam hubungan pementoran. Pertimbangkan apa yang paling ingin dipelajari, dan sediakan senarai soalan untuk diutarakan kepada mentor. Menti boleh fokus kepada P&P, profesionalisma, penulisan, pengurusan masa dan penerbitan, bergantung kepada matlamat yang digariskan. Bersikap realistik.

 

 

Membuat draf matlamat pensyarah
Menetapkan matlamat kerjaya perhubungan pementoran. salinan darf ini perlu dibawa semasa pertemuan
pertama bersama mentor anda.


Kenal pasti nilai dan had perhubungan.

Dalam pertemuan pertama, menti perlu berkongsi keperluan dan matlamat beliau.

Ingat:

  • Mentor tidak semestinya memenuhi semua keperluan menti
  • Mempertimbangan langkah-langkah yang proaktif untuk memberikan bimbingan, dorongan dll.
  • Akur bahawa perubahan terhadap gaya dan pendekatan menti melalui bimbingan mentor adalah keputusan beliau sendiri.

Kongsi pengalaman profesional

Menghantar CV kepada mentor dan menetapkan temujanji. Seminggu sebelum pertemuan, salinan CV anda perlu dihantar kepada mentor.

Meneliti CV menti. Sebelum pertemuan, menti perlu menghantar salinan CV beliau. CV menti perlu dibaca dan diteliti  sebelum pertemuan pertama dan dapat difikirkan kaitan mengenai pengalaman dan kehendak menti dengan dan kehendak anda.

Pertemuan pertama

Berikut adalah contoh agenda dalam pertemuan pertama. Pastikan pada pertemuan ini, pasangan mentor/menti membincangkan matlamat menti.

 

Menti

Mentor


Pengenalan dan bertukar-tukar CV

(15 min)

 

Berkongsi  pengalaman profesional dan latar belakang akademik.

 

Berkongsi pengalaman, terutamanya yang relevan dengan pengalaman dan aspirasi menti.

 

Kaji matlamat
(15 min)

 

Berkongsi matlamat untuk perkembangan profesional dan perhubungan pementoran.

 

Mengkai matlamat yang dapat anda bantu, dan jelaskan strategi yang akan digunakan.Beritahu menti jika ada perkara yang tidak dapat dibantu dan tunjukkan beliau sumber alternatif.

 

 

Perhalusi matlamat dan cipta strategi
(15 min)

 

Berbincang bersama mentor mengenai matlamat yang anda boleh usahakan bersama, dan langkah-langkah permulaan yang perlu. Tentukan fokus untuk pertemuan yang seterusnya.

 

Memilih bersam menti beberapa matlamat dan langkah-langkah pertama.

 

Wujudkan masa pertemuan
(10 min)

 

Berbincang tentang masa, tarikh, dan tempat pertemuan.
Rancang untuk bertemu selama 60 minit, sekurang-kurangnya sekali sebulan.

 

Berbincang bersama menti kaedah untuk berhubung (e-mail, pertemuan di pejabat,
dll) dan juga keberadaan anda. Berbincang  dengan  mereka mengenai apa-apa halangan; (jangan membuat tanggapan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan sendiri)

 

Akhir pertemuan
(5 min)

 

Menyatakan  penghargaan anda kepada mentor Berterima kasih kepada mentor untuk masa dan usaha beliau. Rumuskan apa yang akan dilakukan sebagai tindakan susulan, dan apa yang bakal dibincangkan dalam pertemuan yang seterusnya.

 

Menilai dan mengesahkan komitmen anda bersama menti.

Tindakan susulan dan pertemuan seterusnya

Menti bertanggungjawab untuk menetapkan pertemuan-pertemuan seterusnya. walau bagaimanapun, jika mentor tidak mendapat khabar dari menti dalam beberapa minggu, mentor perlu hubungi menti bagi mengekalkan momentum perhubungan.

Pada setiap pertemuan, mentor hendaklah mengkaji kemajuan terhadap matlamat kerjaya menti. Ia sewajarnya dilakukan pada awal setiap pertemuan.

 
PENGUMUMAN
   
 

MUAT TURUN
Manual Pementoran Pensyarah (MaPP)

 
     
 
 
 
Borang Permohonan & Perjanjian (Muat Turun)
 
   
     
           

Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi MARA (Perak), Seri Iskandar, 32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Perak
Site Map |  Copyright & Disclaimer | Contact Us
Copyright @ 2013 to Laman Web Rasmi UiTM Perak. Power by
 HEA Webmaster