Universiti Teknologi MARA
  

 
PENDAHULUAN

Kecemerlangan sesebuah universiti disokong oleh kecemerlangan para pensyarah. Justeru, salah satu mekanisme yang dilaksanakan oleh UiTM (Perak) bagi merealisasikan kecemerlangan tersebut adalah melalui pembentukan Structured Mentoring Program (SMP).

Program Pementoran ini dilaksanakan sebagai satu program latihan dan pendidikan yang terancang untuk membangunkan potensi pensyarah muda yang kurang pengalaman, pendedahan dan kemahiran. Program Pementoran ini diharap dapat menjadi sumber untuk bimbingan dan kerangka kepimpinan bidang profesional dan akademik yang lebih efektif seterusnya meningkatkan kompetensi para pensyarah.

Program yang dibangunkan ini adalah berdasarkan daripada kajian, maklum-balas pensyarah UiTM Perak serta amalan-amalan terbaik beberapa buah universiti ternama (Emory University, Columbia University, California University dan Cambridge University) yangtelah dimurnikandan disesuaikan dengan keperluan dan objektif UiTM.

Program ini diwujudkan untuk meningkatkan prestasi pensyarah baru melalui beberapa langkah utama;

  1. Pemadanan mentor dan menti yang bersesuaian;
  2. Penetapan matlamat dan objektif jangka masa pendek dan jangka masa panjang;
  3. Pertemuan berkala antara mentor dan menti;
  4. Penilaian berkala terhadap prestasi mentor-menti berpandukan matlamat yang ditetapkan; dan
  5. Maklum balas konstruktif yang berkesan.
 
PENGUMUMAN
   
 

MUAT TURUN
Manual Pementoran Pensyarah (MaPP)

 
     
 
 
 
Borang Permohonan & Perjanjian (Muat Turun)
 
   
     
           

Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi MARA (Perak), Seri Iskandar, 32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Perak
Site Map |  Copyright & Disclaimer | Contact Us
Copyright @ 2013 to Laman Web Rasmi UiTM Perak. Power by
 HEA Webmaster