Universiti Teknologi MARA
  

STRUKTUR
Program Pementoran


HEA

Program Pementoran dikoordinasikan Bahagian Hal Ehwal Akademik.
Peranan HEA

  • menyediakan garispanduan program pementoran
  • menyediakan kemudahan, latihan, kursus mahu pun bengkel seperti Sesi Orentasi.
  • menyelaraskan aktiviti pelantikan, pemantauan dan penilaian seperti penyediaan borang penilaian dan pencapaian menti, menyediakan perjanjian (mentoring agreement), mengeluarkan surat pelantikan, dan juga memberi penghargaan kepada mentor dan menti yang berjaya contohnya “Best Mentor/Menti Award”.

Fakulti
Setiap program mengenal pasti pasangan mentor dan menti yang bersesuaian berdasarkan bidang kepakaran dan minat mereka. Menti digalakan memilih mentor mereka supaya wujud hubungan yang baik dan keserasian. Pihak fakulti juga bertanggungjawab menetapkan pertemuan antara mentor dan menti berdasarkan jadual berkala. Bagi memastikan program ini mencapai matlamat dan objektifnya, pihak fakulti/ILQAM harus memantau pelaksanaan program menerusi sesi pembentangan pencapaian dan perkembangan menti oleh mentor.

Mentor dan menti
Mentor dan menti adalah peserta yang perlu mencapai sasaran dan KPI yang digariskan. Mereka bertanggungjawab untuk mengadakan pertemuan berkala (sekurang-kurangnya sebulan sekali). Pada awal pertemuan mereka perlu menetapkan sasaran yang ingin dicapai apabila menyertai program ini.

 
PENGUMUMAN
   
 

MUAT TURUN
Manual Pementoran Pensyarah (MaPP)

 
     
 
 
 
Borang Permohonan & Perjanjian (Muat Turun)
 
   
     
           

Hal Ehwal Akademik, Universiti Teknologi MARA (Perak), Seri Iskandar, 32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Perak
Site Map |  Copyright & Disclaimer | Contact Us
Copyright @ 2013 to Laman Web Rasmi UiTM Perak. Power by
 HEA Webmaster