Business Innovation Competition 2018 (BIC2018) adalah kelangsungan dari aktiviti pengajaran dan pembelajaran Asas Keusahawanan (ENT300) dan Kursus Keusahawanan Teknologi (ENT600). Bagi meningkatkan kefahaman dan daya saing pelajar, pembentangan rancangan perniagaan diadakan dalam bentuk inovasi yang akan dinilai oleh panel industri bagi memberi tambah kepada produk dan rancangan perniagaan yang dihasilkan. 

Sukacita dimaklumkan, Jabatan Pengurusan Perniagaan dengan kerjasama Masmed UiTM Cawangan Perak akan menganjurkan BIC2018.  Maklumat program adalah seperti berikut:

 

TARIKH: 7 Jun 2018 – Khamis
TEMPAT: Dewan Seri Iskandar (DSI)
MASA: 8.00 pagi – 12.00 tengahari

 

Oleh itu, semua warga UiTM dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

 

Terima Kasih