Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bersempena dengan Bulan Oktober yang dipilih sebagai Bulan Keusahawanan Siswa 2018, UiTM Cawangan Perak akan menganjurkan
Minggu Keusahawanan (D’Uni Entrepreneurship Week) pada:

13 – 17 November 2018 dengan tema ‘Menyemarakkan Bakat Keusahawanan’.  

Antara program yang akan berjalan adalah:

1. Business Innovation Competition & Exhibition (BICE 2018)
2. Online Springboard
3. Business Innovation Competition (BIC2018 & Forum Keusahawanan)
4. Street Smart Salesmanship @3SR
5.Karnival MyBest Buy


Program yang diadakan setiap tahun merupakan antara usaha Kementerian untuk menyemarakkan lagi semangat keusahawanan dan
menyuntik  ciri-ciri keusahawanan di dalam seluruh ekosistem Institut Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh negara.