MY BEST BUY(MBB) Siri 4, 2019 

Sukacita dimaklumkan sempena Karnival Keusahawanan yang akan diadakan nanti, pihak MASMEDUiTM Cawangan Perak akan menganjurkan Program MY BEST BUY(MBB) Siri 4 seperti butiran berikut:


TARIKH : 2 MEI 2019 (KHAMIS)
MASA : 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT: JALAN TAIPING (DI ANTARA DSI DAN FSSR),  UiTM CAWANGAN PERAK


Untuk makluman, program My Best Buy (MBB) IPTA ini merupakan program hasil kerja sama strategik Bahagian Pembangunan Usahawan, FAMA dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA). Salah satu objektif My Best Buy (MBB) adalah untuk memberi platform kepada pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dengan aktiviti Keusahawanan seterusnya menjana pendapatan kepada diri sendiri/ persatuan pelajar.

Turut serta, seramai 25 penggerai yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM Cawangan Perak, peniaga-peniaga FAMA dan juga usahawan Karavan Tani FAMA akan berniaga pada kali ini.
Pelbagai produk jualan seperti makanan,minuman,barang kosmetik,pakaian dan banyak lagi menanti anda.
Marilah kita memberi sokongan padu kepada peniaga-peniaga dan para pelajar di samping membeli belah di My Best Buy (MBB) pada kali ini.

Sekian terima kasih,