PELANJUTAN TEMPOH PENGHANTARAN DOKUMEN TAWARAN DAN PERJANJIIAN PINJAMAN PTPTN

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana tuan/puan maklum, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 di seluruh negara bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19. Susulan pengumuman tersebut, PTPTN telah bersetuju supaya tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 6 Mac 2020, 7 April 2020, 12 Mei 2020 dan 5 Jun 2020 dilanjutkan sehingga 28 Jun 2020. Sekiranya pelajar ingin menghantar dokumen tersebut dalam tempoh PKPP, ia boleh dihantar melalui saluran berikut :

1. Hantar terus ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(u.p : En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)

 

Atau


2. Hantar ke mana-mana Pejabat PTPTN Cawangan berhampiran (https://www.ptptn.gov.my/operasi-pkpb).

Sekian, terima kasih.