Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Prof. / Assoc. Prof. / Dr / Tuan / Puan

 

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM NusaRASTA 2019 & PERTANDINGAN "ENVIRONMENTAL ART"         

Program ‘NusaRASTA’ di bawah naungan Program Rimba Alam Sekitar Tanggungjawab Anda (RASTA) diadakan bersempena menyambut hari Landskap Negara 2019. Program RASTA ini adalah yang kali ke-3 di bawah anjuran Jabatan Senibina Landskap, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. NusaRASTA2019 berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu 'Nusantara' dan 'RASTA' yang merujuk kepada program 'RASTA' (Rimba dan Alam Sekitar Tanggungjawab Anda) yang telah diadakan sebanyak dua kali di UiTM Cawangan Perak sebelum ini pada tahun 2013 dan 2014. NusaRASTA2019 membawa konsep berbeza berbanding program RASTA sebelum ini dengan menampilkan aktiviti bercorak festival berinspirasikan apresiasi alam sekitar dan landskap budaya Nusantara yang melibatkan pertandingan "Environmental Art", jualan, permainan tradisional dan pendidikan alam sekitar.  

 

 Pertandingan "Environmental Art" merupakan satu program pertandingan kreatif dan inovasi dalam konteks sayangi alam sekitar. Pertandingan ini melibatkan peringkat institut pengajian tinggi awam dan swasta, agensi dan sekolah. Pertandingan ini akan melibatkan kerjasama dari agensi kerajaan, universiti tempatan dan komuniti tempatan. Program ini bertujuan untuk menyampaikan keupayaan, kreativiti, kewibawaan serta pengetahuan dalam pelbagai bidang dalam kebersamaan untuk persekitaran yang mampan bersama-sama dengan komuniti setempat. 

 

Justeru itu, penyertaan para pensyarah melalui Kategori Terbuka dan para pelajar melalui Kategori IPTA amat dialu-alukan. 

 

SENARAI HADIAH
Sijil Penyertaan dan Buku Abstrak akan diberikan kepada setiap penyertaan peringkat saringan. Hadiah-hadiah lumayan yang menanti para pemenang peringkat akhir:

Hadiah Pertama: RM 1,000 + Trofi + Sijil + Cenderahati

Hadiah Kedua: RM 700 + Trofi + Sijil + Cenderahati

Hadiah Ketiga: RM 500 + Trofi + Sijil + Cenderahati

TARIKH TUTUP PERTANDINGAN
Jom hantarkan segera borang penyertaan pertandingan yang telah lengkap diisi beserta bukti pembayaran kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 30 Jun 2019 sebelum jam 5.00 petang.

 

Bersama-sama ini, disertakan juga borang penyertaan pertandingan dan jadual program untuk makluman YBhg. Prof/ Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan.  Sila layari laman web kami di https://rastauitm.wordpress.com untuk maklumat lanjut.

 

Sekian, harap maklum dan terima kasih. 

 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

 

Urusetia NusaRASTA2019 

Jabatan Senibina Landskap

Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak

Kampus Seri Iskandar

32610 Seri Iskandar 

Perak Darul Ridzuan

 

Nombor telefon untuk dihubungi:

Urusetia Pendaftaran: Pn Nor Izana (012 6774002)

Urusetia Pertandingan: En Mohd Falihin (017 6944081)

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.