PROGRAM AWAL MUHARAM SEMPENA SAMBUTAN BULAN INOVASI 2021

 

Sempena menyambut Maal Hijrah 1443H serta Bulan Inovasi 2021 Peringkat UiTM Cawangan Perak, satu pertandingan melukis dan mewarna akan dianjurkan khusus untuk anak-anak kakitangan UiTM Cawangan Perak (Kampus Seri Iskandar dan Tapah) sahaja. Program ini adalah anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) dan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Perak. Pertandingan ini bertujuan menggalakkan pemahaman sejarah hijrah Rasulullah SAW di samping menghayati tema sambutan Maal Hijrah iaitu "Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti".

- Penyertaan adalah percuma.
- Hadiah menarik dan sijil penyertaan disediakan.

Kategori
Kategori A : Umur 13-17 tahun
kategori B : Umur 12 Tahun dan Ke Bawah

Tarikh
Tarikh Pertandingan : 10 -17 Ogos 2021
(Peserta boleh menghantar lukisan bermula tarikh 10 Ogos hingga 17 Ogos 2021 melalui link yang diberikan)
Tarikh Tutup Pertandingan : 18 Ogos 2021

Cara Menyertai
Maklumat lanjut mengenai syarat pertandingan, borang penyertaan, link download / upload & lain-lain info boleh diperolehi dengan cara :
- Scan QR Code di poster pertandingan yang dilampirkan; atau
- Layari portal https://heaperak.wixsite.com/pertandingan

Semua anak-anak kakitangan UiTM Cawangan Perak berumur 17 tahun dan ke bawah dijemput menyertai dan memeriahkan program ini.

Jika ada masalah atau pertanyaan boleh hubungi urusetia melalui nombor berikut:

Ustaz Haji Norzarir Arshad - 013-4441553
En. Rashidi Hamzah - 019-5255076
En. Ahmad Rihuan Mohd Khalit - 012-5731610
Pn. Nurul Asma Ahmad Khalil - 018-2432782
Sekian, terima kasih.