PAMERAN YAKISHIME

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

YBhg. Profesor / Tuan / Puan
 
Dimaklumkan Pameran Seni Yakishime merupakan pameran jelajah seni seramik traditional Jepun yang diadakan setiap tahun oleh Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL).
 
Pameran ini telah diadakan di beberapa buah negara seperti Mesir dan Itali. Buat julung kalinya, pameran ini akan diadakan di Malaysia dan pihak JFKL memilih Galeri Al-Biruni, UiTM Cawangan Perak sebagai lokasi pameran.
 
Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Profesor / Tuan / Puan untuk berkunjung ke Galeri Al-Biruni seperti butiran berikut ;
 
Tarikh Pameran : 9 Disember 2022 hingga 13 Januari 2023
Hari Lawatan : Isnin - Jumaat
Masa Lawatan : 9:00 pagi hingga 04:00 petang
Tempat : Galeri Al-Biruni, UiTM Cawangan Perak
 
Kesudian dan kehadiran YBhg. Profesor / Tuan / Puan amatlah kami harapkan dan hargai.
 
Sekian, terima kasih.