ICT & DIGITAL LITERACY DAY 2025

 

Kekal Relevan di Era Digital dengan ICT & Digital Literacy Day 2025!

Bahagian Digital UiTM Cawangan Perak dengan sukacitanya menjemput anda ke program: ICT & DIGITAL LITERACY DAY 2025 pada 22 Oktober 2025 bertempat di LCE ARAS 2, PTAR UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS TAPAH.

Dalam dunia yang sentiasa berubah, literasi digital adalah kunci kejayaan. Sertai kami untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran terkini yang diperlukan dalam bidang akademik dan kerjaya. Pelbagai program menarik sepanjang program yang dirancang untuk anda, antaranya:

1. 🔌 ETHERNET CRIMPING CHALLENGE Uji Kemahiran Praktikal Anda! Pertandingan mencari peserta terpantas dan paling tepat dalam membuat sambungan kabel rangkaian (crimping) jenis straight-through atau cross-over. Pamerkan ketepatan dan kelajuan anda dalam menyediakan infrastruktur rangkaian. Pendaftaran klik <<DISINI>>

2. ⌨️ TYPING CHALLENGE:  Sejauh Mana Kelajuan Jari Anda? Cabaran menaip pantas ini menguji kelajuan, ketepatan, dan kecekapan menaip anda dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pemenang akan dinilai berdasarkan kadar perkataan seminit (WPM) tertinggi dan kesilapan yang paling minimum. Pendaftaran klik <<DISINI>>

3. 🎮 E-SPORTS MOBILE LEGENDS: Tunjukkan Strategi dan Kerja Berpasukan! Pertandingan E-Sukan yang menguji kebolehan anda bekerjasama dalam pasukan untuk menumbangkan kubu lawan. Kumpulkan pasukan terbaik anda dan buktikan anda adalah King of the Land of Dawn. - TELAH DITUTUP-

4. 🖼️ DIGITAL POSTER: Kreativiti Bertemu Literasi Digital! Cabaran reka bentuk grafik menggunakan perisian digital untuk menghasilkan poster yang menarik dan informatif bertemakan Literasi Digital atau Keselamatan Siber. Pamerkan kemahiran reka bentuk digital dan penyampaian mesej anda. Pendaftaran klik <<DISINI>>
 
Terdapat juga taklimat mengenai AI-POWERED INNOVATION IN LED DISPLAYS FOR EDUCATION SYSTEM dan TECHNOLOGY UPDATE AUDIO VISUAL yang akan disampaikan oleh pihak berpengalaman dan TREND TERKINI JENAYAH KOMERSIL yang akan disampaikan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.
 
Kesemua pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warga UiTM Cawangan Perak ( Staf / Pelajar) .  Hadiah menarik menanti pemenang
Untuk maklumat lanjut layari laman web dengan klik  ICT & DIGITAL LITERACY DAY 2025!
 
 
Sekian, terima kasih.