Zakat, Sedekah & Wakaf

PERMOHONAN ZAKAT

SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah beragama Islam
  2. Pemohon juga mestilah merupakan pelajar sepenuh masa universiti ini
  3. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Universiti
  4. Tidak mendapat sebarang tajaan kewangan daripada mana-mana institusi

Permohonan Zakat kini dibuka mulai 8HB SEHINGGA 31HB MAC 2023

 

Permohonan Zakat

Borang permohonan Zakat UiTM Cawangan Perak Semester 20232 Mac-Oktober 2023 menggunakan platform Google Form (https://forms.gle/4BodoTyNg8F9v2z38)

Cara memohon:

  1. Daftar masuk pelayar internet atau telefon bimbit menggunakan e-mel Google UiTM ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.). Untuk mendaftar e-mel Google UiTM boleh, sila layari https://mail.uitm.edu.my dan pilih menu Gmail Student.
  2. Isi borang permohonan zakat yang disediakan (link borang zakat)
  3. Muat naik maklumat yang diperlukan

A. Borrang pengesahan pendapatan dan tanggungan keluarga Semester 20232, bagi membuktikan kedudukan kewangan keluarga. Borang yang disahkan oleh pihak selain yang dinyatakan      dinyatakan didalam borang tidak diambil kira untuk membuktikan kekurangan kemampuan keluarga dan keluarga pemohon akan dikira sebagai berkemampuan. (https://drive.google.com/file/d   /1EF2smHCs8lJTnrWVOrvZSUO1pLTswqZE/view?usp=sharing)

                B. Bukti penerimaan tajaan pendidikan yang mengandungi maklumat pembiayaan, jumlah pembiayaan keseluruhan pengajian, bilangan
                    semester yang dibiayai atau pembiayaan yang diperolehi   untuk satu semester (pelajar yang menerima tajaan sahaja

                    i) PTPTN dan Biasiswa Zakat Negeri: Surat tawaran tajaan
                    ii) MARA dan JPA tangkap layar penyata kemasukan pembiayaan daripada portal pinjaman
                    iii) Lain-lain : surat tawaran tajaan

                C. Borang pengesahan tidak menerima tajaan, yang telah disahkan oleh pihak yang dinyatakan di dalam borang
                   (pelajar tiada tajaan sahaja) (https://drive.google.com/file/d /1EuoeUiUoD4S3QFEjDZp6eI_kUKUbWzCZ/view?usp=sharing)

                D. Dokumen-dokumen lain jika berkaitan.
                    Sekiranya dokumen yang disertakan tidak menepati syarat yang dinyatakan, permohonan dikira tidak lengkap dan ditolak.

Permohonan Sedekah

  1. Permohonan sedekah boleh dibuat di Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Perak.
  2. Sila rujuk Pejabat Unit Hal Ehwal Islam, Tingkat satu, Pusat Islam UiTM Cawangan Perak

Sebarang permasalahan boleh menghubungi nombor yang tertera: -

 


HAMDI RAHMAN BIN MOHD YAACOB
Koordinator
05-374 2037
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan oleh:
UNIT ZAKAT, SEDEKAH & WAKAF
UiTM Cawangan Perak


OBJEKTIF & FUNGSI

OBJEKTIF

  • Meningkatkan komitmen warga Muslim UiTM untuk membayar zakat.
  • Membantu agihan harta zakat dengan lebih efisien.
  • Menyediakan dana bantuan pendidikan kepada para pelajar UiTM.
  • Menyediakan bantuan kecemasan kepada warga UiTM yang ditimpa bencana 

FUNGSI

Unit Zakat ACIS di UiTM Cawangan Perak ini mempunyai 3 fungsi utama iaitu berfungsi sebagai entiti yang menjalankan program  pembangunan, kutipan dan pengagihan zakat kepada seluruh warga UiTM yang berhak.