Facilities Project Info

Membina dan menyiapkan dataran usahawan berasaskan kontena terpakai

Pemeriksaan Bangunan Tinggi Menggunakan Dron

Penyelenggaraan bertujuan untuk memulihara, menjaga dan memastikan bangunan sentiasa selamat diduduki terutamanya pada bangunan tinggi. Penyelenggaraan struktur luar bangunan tinggi yang melibatkan kerja-kerja pemeriksaan dan pengawasan sangat jarang dilaksanakan kerana kos yang tinggi dan berisiko. Pemeriksaan bangunan tinggi biasanya dilakukan menggunakan ‘gondola’ dan ‘scaffolding’. Pemeriksaan bangunan juga dilakukan jika kerosakan dikesan pada pandangan mata kasar atau menerima aduan dari pengguna. Pesawat Tanpa Pemandu (Dron) merupakan pesawat kecil tanpa juruterbang yang diprogramkan untuk penerbangan yang boleh dikawal dari jarak jauh. Justeru itu, Dron dapat membantu dalam kerja-kerja pemeriksaan struktur luar di sebahagian bangunan Kolej UiTM Cawangan Perak. Penggunaan Dron membolehkan kerosakan pada struktur bangunan dikesan secara dekat dan lebih jelas walau pada ketinggian yang tinggi