Pengenalan

Bahagian Pengurusan Fasiliti ringkasnya BPF (dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan) adalah organisasi perkhidmatan sokongan yang telah dipertanggungjawabkan untuk memantapkan perkhidmatan sistem penghantaran (delivery) penyelenggaraan fasiliti Universiti supaya pembangunan pengajaran dn pembelajaran dapat ditingkatkan daya saingannya selaras dengan misi UiTM untuk menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang unggul.

Dasar Pengurusan Fasiliti

Melaksanakan perkhidmatan sistem penghantaran (delivery system) yang komprehensif dan kompetitif selaras dengan perkembangan teknologi terkini demi mencapai tahap keboleh-upayaan fasiliti yang tinggi dalam menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran Universiti disamping mengwujudkan alam sekitar pendidikan dan penyelidikan yang kondusif untuk setiap pelanggan

Last Updated on Thursday, 15 September 2011 12:59