Faculty Of Applied Science

  • Written by Mohd Alif Mohd Baharum
  • Published in FSG
  • Hits: 2044

LATAR BELAKANG FAKULTI

Fakulti Sains Gunaan telah wujud di Universiti Teknologi MARA (Perak) pada Mei 2014 bermula di Kampus Tapah. Untuk permulaan hanya terdapat satu program sahaja iaitu Diploma Sains (DIS) dengan seramai 402 orang dari Bahagian 02, 03, 04 dan 05. Kakitangan akademik terdiri daripada pelbagai bidang merangkumi Fizik, Kimia dan Biologi dengan jumlah 28 orang pensyarah. Fakulti ini juga dibantu oleh Unit Makmal Sains yang dianggotai oleh 3 orang Pembantu Makmal dan 2 orang Penolong Pegawai Sains.

Kampus Tapah yang dibina melalui Skim Pembiayaan Swasta (PFI) menempatkan 2 blok bangunan untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran pelajar program Diploma Sains.Kemudahan ini merangkumi sebanyak 28 buah bilik kuliah, 4 buah bilik seminar, 2 buah bilik perbincangan dan 4 buah makmal komputer. Bagi tujuan sesi amali yang melibatkan subjek teras program Diploma Sains, terdapat 10 makmal Fizik, 7 makmal Kimia dan 8 makmal Biologi. Pada permulaan semester, kesemua makmal sains belum dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian pelajar-pelajar program DIS telah dibawa ke UiTM Shah Alam bagi menjalankan semua kerja-kerja amali yang tidak dapat dijalankan di Kampus Tapah. Walau bagaimanapun, isu kelengkapan makmal ini berkurangan menjelang semester Disember-April 2015 dan semua kelas amali dijangkakan beroperasi sepenuhnya di Kampus Tapah menjelang pertengahan tahun 2015.

Bermula semester Disember-April 2015, Fakulti Sains Gunaan telah membesar dengan jumlah pelajar seramai 1877 orang. Seiring dengan penambahan bilangan pelajar, kakitangan Fakulti juga meningkat kepada 62 orang pensyarah dan 10 orang kakitangan dari Unit Makmal Sains.

VISI

Untuk menjadi Fakulti yang dikenali dalam bidang Sains dan Teknologi melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, penyelidikan dan khidmat masyarakat.

MISI

Untuk menyumbang kecemerlangan kepada negara melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, penyelidikan dan khidmat masyarakat serta dikenali di peringkat antarabangsa.

OBJEKTIF

  • Membina pelajar yang cemerlang melalui ilmu pengetahuan Sains & Teknologi
  • Melatih para pelajar berkaitan ‘soft skills’ dan ‘leadership’
  • Mengembangkan kemahiran pelajar untuk menjadi kreatif, berinovasi dan berdaya saing
  • Menghasilkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan berakhlak budiman.
  • Mendedahkan para pelajar mengenai kepentingan bermasyarakat dan konservasi alam sekitar

 PIAGAM PELANGGAN

Fakulti Sains Gunaan UiTM (Perak) Kampus Tapah beriltizam kearah kecemerlangan melalui penerapan budaya pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti, penyelidikan dan perkhidmatan professional seperti berikut:

  1. Menyediakan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra kepada pelajar, ibubapa, pensyarah dan bakal majikan
  2. Memberi khidmat pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti untuk peningkatan kesarjanaan ilmu
  3. Meneroka dan memperkasakan kemudahan penyelidikan dengan penemuan terbaru dan inovasi untuk meningkatkan taraf hidup dan pembangunan ekonomi masyarakat.
  4. Menghasilkan graduan dalam bidang Sains dan Teknologi yang akan memenuhi keperluan pasaran guna tenaga tempatan dan global.
  5. Mengembangkan budaya ilmu di kalangan pensyarah dan warga kampus.

FUNGSI MENGIKUT PECAHAN BIDANG

BIDANG FIZIK

  1. Menyediakan dan mengawasi peralatan dan kelengkapan yang diperlukan di dalam latihan amali makmal fizik
  2. Mengemaskini , menyemak dan menyusun fail yang berkaitan dan inventori makmal
  3. Memastikan makmal, alatan serta kelengkapan makmal berada di dalam keadaan baik dan bersih serta siap sedia untuk digunakan pada latihan amali.
  4. Membuang bahan buangan di tempat yang telah disediakan

BIDANG BIOLOGI

  1. Menyediakan dan mengawasi peralatan dan kelengkapan yang diperlukan di dalam latihan amali makmal biologi
  2. Mengemaskini , menyemak dan menyusun fail yang berkaitan dan inventori makmal
  3. Memastikan makmal, alatan serta kelengkapan makmal berada di dalam keadaan baik dan bersih serta siap sedia untuk digunakan pada latihan amali.
  4. Mengikuti trip yang dirancang untuk mengambil sampel ataupun sekadar rikitrip.
  5. Memastikan haiwan dan tumbuhan dibawah jagaan sentiasa berada di dalam keadaan baik dan sihat serta kemas.
  6. Membuang bahan buangan di tempat yang telah disediakan

 BIDANG KIMIA

  1. Menyediakan dan mengawasi peralatan dan kelengkapan yang diperlukan di dalam latihan amali makmal kimia
  2. Mengemaskini , menyemak dan menyusun fail yang berkaitan dan inventori makmal
  3. Memastikan makmal, alatan serta kelengkapan makmal berada di dalam keadaan baik dan bersih serta siap sedia untuk digunakan pada latihan amali.
  4. Membuang bahan buangan di tempat yang telah disediakan