Each department has their own student society to get the students involved in various activities. Throughout the years, students will host different types of activities.



NAMA : TOWN AND REGIONAL PLANNING SOCIETY (TRiPS)

NAMA PENASIHAT : NORSYAZLIN BINTI MOHD ROSLI
PRESIDEN: MOHAMAD FARIS BIN KHOZARI
TIMBALAN PRESIDEN: CLEOPATRA ABDUL MUMIN 
 
PENGENALAN PERSATUAN :Town And Regional Planning Society (TRiPS) telah ditubuhkan pada 15 Disember 1999 dimana ketika itu Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah masih ditempatkan di Kampus Manjung. Tujuan penubuhan TRiPS adalah untuk mengeratkan perhubungan sesama pelajar,pensyarah dan bekas pelajar disamping berkongsi pandangan,kenangan dan aktiviti semasa perancang bandar mengenai hal ehwal semasa di UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

 

Persatuan Bangunan (Builders) merupakan satu persatuan pelajar khas untuk pelajar-pelajar Diploma Bangunan. Penubuhan Persatuan Bangunan adalah bertujuan untuk menganjurkan aktiviti yang dapat memanfaatkan pelajar, universiti komuniti setempat. Pelbagai aktiviti berunsurkan akademik, kesukanan, khidmat masyarakat, dan kerohanian telah dijalankan sejak penubuhannya. 

Pada masa kini, Persatuan Bangunan dianggotai lebih 500 pelajar Diploma Bangunan di UiTM Cawangan Perak sahaja. Persatuan bangunan juga wujud di UiTM Shah Alam dan UiTM Cawangan Perak untuk pelajar-pelajar Diploma Bangunan dan Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan di kampus masing-masing. Ketiga-tiga cawangan menggunakan nama, logo dan matlamat persatuan yang sama dan secara tidak langsung, wujudnya jalinan sesama warga Jabatan Bangunan/Pengurusan Pembinaan itu.

Annual General Meeting 2017 baru-baru ini telah dijalankan untuk melantik kepimpinan Builders yang baru. Bagi sesi 2017-2018, Builders akan diterajui oleh Saudara Muhammad Muiz Bin Abd. Wahid selaku Presiden dan Saudari Nurul Atiqah Binti Dzulkefle sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bangunan, dibantu oleh exco-exco mereka yang lain. Encik Muhammad Redza Rosman dan Cik Jannatun Naemah Ismam telah menjadi penasihat Persatuan Bangunan sejak 2015 sehingga kini.


Nama persatuan : Building Surveying Association (BISA)
Presiden : RADEN HEEDHIR BIN ABDUL RAHMAN
Naib Presiden : MUHAMMAD SYAHMI BIN MURAT

Pengenalan Persatuan: 
persatuan ditubuhkan bagi pelajar ukur bangunan ijazah dan diploma bagi uitm cawangan perak kampus seri iskandar. semua pelajar ukur bangunan secara automatis menjadi ahli persatuan. persatuan BISA banyak melakukan aktiviti kemasyarakatan


Nama persatuan  : Architecture Student Association (ARCHISA)
Nama penasihat  : Ahmad Faiz b. Hassan Naziri (pensyarah)
Nama President : Fadhil Izzat b. Nasrul Hisham (bakal meletak jawatan pada semester akan datang)*
Nama Timbalan  : Ahmad Fariz b. Azlisham (bakal meletak jawatan pada semester akan datang)*
Nama S/U : Izza Eryana bt. Shahiman (bakal meletak jawatan pada semester akan datang)*
Nama Bendahari : Nur Fassiha bt. Nawawi (bakal meletak jawatan pada semester akan datang)*
 
*kesemua pelajar tersebut adalah pelajar pelajar sem 07 dan bakal menamatkan tempoh jawatan pada semester akan datang.
 
Maklumat persatuan : Persatuan ini telahpun menyambut sambutan ulangtahun ke 20 pada tahun lepas (2016). Persatuan ini merupakan kumpulan pelajar ijazah sarjana muda (sains) senibina. Seramai 585 orang pelajar menjadi ahli persatuan ini. selepas pelajar ini tamat pengajian, mereka akan menjadi ahli persatuan Seri Iskandar Architecture Perak Alumni (SIAPA) yang didaftarkan dibawah Alumni X-Archisa UiTM Shah Alam.