PENGENALAN
Persatuan Sukan & kebajikan Kakitangan (PSKK) Universiti Teknologi MARA  dahulu dikenali sebagai Kelab Sukan Kakitangan (KSK). PSKK mula di tubuhkan secara rasminya di peringkat induk ITM Shah Alam  dan telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Cawangan Selangor (kini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan) pada 13 Jun 1992 ( No. Pendaftaran 5109/92 - SELANGOR) dan seterusnya peranan dan sumbangan PSKK dikembangkan diseluruh sistem UiTM.

PSKK membuka keahlian kepada semua kakitangan samada kakitangan akademik dan bukan akademik yang berminat secara sukarela. PSKK kini menjadi satu-satunya persatuan dan jawatankuasa yang mengendalikan kontinjen atau pasukan kakitangan menghadapi sebarang program sukan dan penganjuran program yang melibatkan kakitangan di kampus dan luar kampus UiTM. Peranan utama adalah sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan staf universiti. Disamping itu bertujuan untuk membangunkan aktiviti-aktiviti kebajikan kakitangan  Universiti Teknologi MARA.

PSKK merupakan platform untuk menguruskan kerja-kerja amal bagi faedah ahli termasuk keluarga mereka  serta warga kampus terutama aktiviti berbentuk sosial seperti sukan & rekreasi,  kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui program dan aktiviti sukan dan rekreasi yang dirancang, adalah menjadi sasaran PSKK untuk melibatkan seramai mungkin masyarakat kampus aktif di dalam kegiatan sukan dan rekreasi serta sebarang program yang dianjurkan oleh PSKK.

PSKK juga berperanan untuk meningkatkan imej universiti melalui pencapaian cemerlang dalam pelbagai aktiviti khususnya bidang sukan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kakitangan di semua  peringkat. PSKK sentiasa mengharapkan  sokongan dan bantuan  daripada semua pihak terutama pengurusan UiTM  bagi memastikan  kejayaan setiap program yang dilaksanakan  seterusnya menyumbang kepada  peningkatan produktiviti organisasi.


 

KARNIVAL SUKAN STAF (KARiSTA) UiTM 2017

29 April – 5 Mei 2017   |   UiTM SHAH ALAM

 

PERMAINAN MENGIKUT KUMPULAN & JADUAL PERLAWANAN

 

1st UiTM Jamborace 2017 (Kategori Senior/Vateren/Heavyweight)  | JADUAL PERLAWANAN


BOLA SEPAK SENIOR  | JADUAL PERLAWANAN


BOLA SEPAK VETERAN   | JADUAL PERLAWANAN


BOLA JARING  | JADUAL PERLAWANAN


BOLA TAMPAR (LELAKI)   | JADUAL PERLAWANAN


 

  BADMINTON   | JADUAL PERLAWANAN


 

SEPAK TAKRAW 1 | 2   | JADUAL PERLAWANAN


 

 BOWLING LELAKI/WANITA   | JADUAL PERLAWANAN BOWLING

 


 JADUAL PERLAWANAN


MAKLUMAT LANJUT BOLEH LAYARI LAMAN WEB PUSAT SUKAN UiTM SHAH ALAM

https://pusatsukan.uitm.edu.my/main/index.php/program-kejohanan/117-karista-2017