Penceramah:

1. Puan Mastura dari Jabatan Pertanian Daerah Perak Tengah
2. En Abdul Rahim dari FAMA
3. En Ameri dari UiTM Perak (Pensyarah APB)

 LATAR BELAKANG PROGRAM

Projek Fertigasi Myagrosis adalah dengan usahamasa FAMA untuk pembudayaan keusahawanan tani di peringkat kampus. Ini bagi memberi pendedahan kepada siswa-siswi kampus tentang keusahawanan tani sebagai karier yang boleh menjamin pendapatan dan bukan lagi sebagai alternatif kedua dalam pekerjaan selepas graduasi. Ini adalah antara usaha MASMED UiTM Cawangan Perak untuk melahirkan lebih ramai graduan terlibat dalam keusahawanan sebagai karier utama selepas menamat pengajian universiti.


OBJEKTIF KURSUS

Program ini mensasarkan objektif utamanya:
1. Memperkenalkan Projek Fertigasi kepada siswa-siswi UiTM Cawangan Perak.    
2. Melibatkan siswa-siswi UiTM Cawangan Perak dalam aktiviti Projek Fertigasi.
3. Menyediakan jadual tugasan dan tanggungjawab penjagaan tanaman fertigasi.

Terhad untuk 40 orang siswa-siswi sahaja