Fungsi Bahagian Infotech adalah seperti berikut:

  1. Perancangan, pembangunan, penyelarasan dan pelaksanaan ICT Kampus Negeri
  2. Membantu Rektor UiTM (Perak) di dalam perancangan dan proses perolehan perkakasan dan perisian komputer yang sesuai.
  3. Mengawal dan membuat agihan peralatan dan perisian komputer bagi keseluruhan kampus.
  4. Mengawal inventori peralatan dan perisian komputer.
  5. Mengawal stok alat ganti peralatan komputer.
  6. Menyediakan latihan penggunaan peralatan dan perisian komputer.
  7. Merancang dan melaksanakan latihan ICT kepada warga kampus.
  8. Menyelenggara dan memberi sokongan teknikal terhadap sistem-sistem aplikasi yang telah dibangun oleh Pusat Sistem Maklumat Bersepadu, Shah Alam.
  • Sistem SIMs , STARS, FAIS, EIS, Staf Portal, iCRESS, e-cuti dan sebagainya.
  1. Menyelenggara dan memberi sokongan teknikal sistem-sistem aplikasi yang dibangunkan di UiTM (Perak).
  2. Membuat instalasi dan menyelenggara perisian komputer yang diperolehi secara berlesen.
  3. Menyelenggara prasarana perhubungan elektronik.
  • Email (Lotus Notes)
  • Local Area Network - LAN
  • Wide Area Network – WAN
  • Rangkaian Tanpa Wayar
  1. Menyediakan dan mengurus rangkaian komputer kampus.
  2. Memastikan keselamatan komputer dan rangkaian bebas daripada ancaman virus.
  3. Menyelenggara komputer pelayan(server) dan workstation / komputer.
  4. Membantu Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa UiTM Cawangan Perak menyelenggara laman web UiTM  Cawangan Perak.
  5. Mengurus dan mengawal perkakasan, perisian dan kelengkapan makmal.
  6. Membuat Instalasi perisian komputer yang diperolehi secara berlesen di dalam makmal.
  7. Memastikan peralatan dan perisian dapat berfungsi dengan baik.
  8. Membuat penyelenggaraan dan membaiki kerosakkan kecil peralatan komputer di seluruh kampus
  9. Menguruskan aduan ICT (Service Desk)
  10. Mengambil tindakan segera dan mengikut peraturan ke atas kerosakan yang dilaporkan.
  11. Memastikan sistem inventori dikemaskini.
  12. Membuat cadangan pelupusan peralatan ICT yang tidak fleksibel untuk digunakan.
  13. Menyediakan kemudahan alat pandang dengar untuk pengajaran dan pembelajaran.
  14. Menguruskan perolehan alat pandang dengar UiTM Cawangan Perak.
  15. Menguruskan penyelenggaraan alat pandang dengar.
  16. Menyediakan kemudahan bilik kuliah yang kondusif dengan teknologi yang terkini untuk pengajaran dan pembelajaran.
  17. Menguruskan peminjaman peralatan Audio Visual.
  18. Menguruskan suntingan video.
  19. Menguruskan peralatan inventori peralatan Audio Visual.
  20. Memberikan khidmat dan bantuan teknikal alat pandang dengar kepada penguna.
  21. Melakukan kerja-kerja rakaman video dan fotografi.
  22. Menguruskan perlupusan alat pandang dengar UiTM Cawangan Perak