Bahagian Infostruktur pada asalnya adalah untuk menyediakan prasarana dan keperluan pengkomputeran di Universiti. Sejak itu Bahagian Infostruktur telah berkembang dan diperluaskan skop perkhidmatan sokongannya. Infostruktur telah mempertingkatkan strategi keseluruhan teknologi maklumat di Universiti Teknologi MARA (Perak) serta mengubahsuai struktur organisasinya mengikut fungsi agar memenuhi keperluan akademik dan pentadbiran yang menawarkan keanjalan dan keserasian yang dinamik.

Penyusunan semula struktur Infostruktur melibatkan pengwujudan empat (4) unit yang menyokong ke semua aktiviti Bahagian Infostruktur seperti berikut :

  • Unit Pentadbiran
  • Unit Operasi ICT
  • Unit Infrastruktur IT
  • Unit Sistem Maklumat