Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Perak telah melancarkan aplikasi telefon pintar yang mudah digunakan bagi tujuan pengurusan repot kejadian di dalam kampus pada 5 Julai 2021. Aplikasi yang diberi nama AUXI4U berfungsi sebagai medium penerimaan Repot Awal kejadian atau First Infomation Report-FIR dengan cara menjawab 10 soalan mudah pada aplikasi ini. Aplikasi AUXI4U juga menyediakan butang Panggilan Kecemasan yang menghubungkan pengguna dengan beberapa agensi terpilih secara panggilan terus tanpa memasukan no. telefon semasa membuat panggilan. Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan beberapa fungsi sampingan yang lain bagi memenuhi keperluan pengguna.
Bagi memuat turun Aplikasi AUXI4U, sila ketik pada link yang disediakan.
https://linktr.ee/Auxi4u
Diharapkan Aplikasi AUXI4U ini dapat memberi mafaat kepada semua warga kampus.
Sekian, terima kasih.😊😊