OBJECTIVE |Quality
1 | a) Mencapai enrolmen 17,000 pelajar menjelang tahun 2025. b) 60% pelajar yang memperoleh 5A di peringkat SPM yang mendaftar di UiTM menjelang tahun 2025. |
2 |
a) Memastikan 100% kurikulum melalui proses semakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 - 5 tahun. b) Mengekalkan bilangan program yang mendapat pengiktirafan daripada badan-badan profesional tempatan dan antarabangsa.i. Tempatan: 19 program ii. Antarabangsa: 1 program |
3 |
a) Memastikan peningkatan peratusan pelajar bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan (GOT) menjelang tahun 2025 mengikut peringkat pengajian. b) Peratusan graduan yang bergraduat dengan CGPA 3.5 dan ke atas: |
4 | a) Memastikan sekurang-kurangnya 25 graduan PhD menjelang tahun 2025. b) Memastikan sekurang-kurangnya 5% pelajar PhD dari luar negara bergraduat bersama UiTM |
5 | Memastikan kadar kebolehpasaran siswazah pada tahun semasa melebihi: • 85% (Sarjana Muda) • 95% (Diploma) • 10% bekerja sendiri |
6 | Melonjak kecemerlangan dalam penerbitan. a) Memastikan 300 penerbitan berindeks pada tahun semasa. b) Memastikan sebanyak 25 penerbitan berindeks Q1 menjelang 2025. c) Memastikan sebanyak 50 penerbitan bersama industri dari dalam dan luar negara menjelang 2025. d) Memastikan 100 bilangan artikel diterbitkan dalam setiap jurnal dalaman. • MySE (JABT) • Ideology (KPSK) • MIJ (FSKM) |
7 | Memastikan nilai geran penyelidikan mencapai RM4 juta menjelang tahun 2025. |
8 | Memastikan kecemerlangan dalam pemindahan ilmu. a) Mengkomersialkan tiga (3) produk hasil penyelidikan menjelang 2025. b) Menjana pendapatan daripada hasil penyelidikan dan perundingan kepakaran dengan jumlah RM100,000.00 pada tahun semasa. c) Mensasar 20 bilangan harta intelek/hakcipta/paten dan lain-lain pada tahun semasa |
9 | Melahirkan usahawan di kalangan pelajar. a) Mensasarkan 600 pelajar menjalankan perniagaan di kampus sepanjang tempoh pengajian pada tahun semasa. b) Memastikan 150 pelajar yang terlibat dalam program keusahawanan yang bercirikan inovasi dan teknologi pada tahun semasa. |
10 | Memastikan 40% pensyarah adalah berkelayakan PhD menjelang tahun 2025. |
11 |
Melahirkan graduan dinamik berteraskan model graduan berdasarkan lima (5) perkara pada tahun semasa iaitu: |
12 | Memperkasa pembangunan sumber manusia dengan: a) Mencapai nisbah pelajar, pensyarah dan staf pentadbiran sebanyak 15:1:1 menjelang tahun 2025. b) 100% staf menghadiri 42 jam latihan pada tahun semasa. c) Mencapai nisbah professor (VK7&DM54/DM53) dan pensyarah sebanyak 1:25 menjelang tahun 2025. d) Memastikan 40% pensyarah mempunyai keahlian badan profesional menjelang 2025. |
13 | Melonjak kecemerlangan universiti melalui: a) 20 projek University Social Responsibility (USR) dalam tahun semasa. b) 10 jaringan baharu bersama rakan kolaborasi industri dan komuniti (tempatan dan antarabangsa) serta Institut Pengajian Tinggi (tempatan) dalam bentuk MOU/MOA/MOC pada tahun semasa. c) 5 program pemindahan ilmu berimpak tinggi secara berterusan menjelang 2025. d) 10 latihan atau program akademik yang menjana pendapatan universiti dalam tahun semasa. e) 10 jaringan bersama Institut Pengajian Tinggi antarabangsa yang baru dalam bentuk MOU/MOA/MOC/LOA/LOI pada tahun semasa. |
14 | Mencapai status universiti lestari menjelang tahun 2025: a) Memperkasa pengurusan kewangan yang cekap dengan: i. 100% peruntukan tahunan dibelanjakan secara berhemah. ii. 20% penjanaan pendapatan setahun berdasarkan peruntukan tahun semasa. iii. 100% penjanaan pendapatan berdasarkan sasaran Pejabat Bendahari kepada UiTM cawangan. b) Mempunyai prasarana yang lengkap dengan: i. Peningkatan 0.5% koleksi perpustakaan setahun. ii. Pencapaian 90% koleksi silibus perpustakaan pada tahun semasa. iii. Memantapkan prasarana teknologi maklumat dan komunikasi dengan 85% perkhidmatan ICT mencapai tahap melebihi skala 4.0 setiap tahun. c) Memperkasa pengurusan pelanggan dengan: i. 100% indeks kepuasan pelanggan melebihi skala 4.0 di Kaunter Perkhidmatan dan secara dalam talian. ii. 100% aduan pelanggan diproses dalam tempoh tiga (3) hari. iii. Mensasarkan ketampakan UiTM Cawangan Perak di media massa pada tahun semasa. • 40 penerbitan artikel di surat khabar / majalah. • Empat (4) wawancara / temubual di media elektronik. d) Meningkatkan indeks keselamatan pada tahun semasa dengan: i. Memastikan kes kecurian harta persendirian pelajar pada kadar kurang daripada 0.5%. ii. Memastikan kes kecurian harta persendirian staf pada kadar kurang daripada 0.5%. iii. Memastikan kecurian harta benda UiTM pada tahap sifar. iv. Memastikan kes salah laku pelajar pada kadar kurang daripada 0.5%. v. Memastikan kes pencerobohan anasir luar pada tahap sifar. e) Memperkasa pengurusan fasiliti dengan: i. 10% pengurangan tenaga elektrik setahun (KWH/tahun). ii. 90% skor kepuasan pelanggan terhadap kebersihan kampus pada tahap sekurang-kurangnya “memuaskan”. f) Memperkasa pengurusan kerohanian dan ukhwah dengan: i. Memperolehi sumbangan zakat sebanyak RM1 juta pada tahun 2025. ii. Melaksanakan program kerohanian 60 kali pada tahun semasa. iii. 35% warga kampus mendapat bimbingan dan khidmat nasihat kerohanian pada tahun semasa. g) Memperkasakan amalan budaya hijau dalam kampus sejajar dengan misi UI GreenMetric World University Ranking: i. Melaksanakan sekurang-kurangnya dua (2) program amalan Kitar Semula (3R) dan amalan pengurangan penggunaan kertas/plastik/polistrene di dalam kampus secara berkala setiap tahun. ii. Melaksanakan dua (2) amalan kelestarian di dalam kampus secara berkala setiap tahun melibatkan kempen, amalan, pendidikan atau usaha-usaha ke arah: (a) penjimatan dan konservasi air (b) penjimatan tenaga elektrik dan/atau tenaga (karbon) lain yang berkaitan. iii. Melaksanakan dua (2) projek penanaman hijau dalam kampus secara berkala setiap tahun. |