ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF
INTRODUCTION

VISION
Mengharapkan keredaan Allah melalui pelaksanaan ibadah zakat
MISSION
Merealisasikan objektif pensyariatan zakat menutup jurang keperluan asnaf
OBJECTIVE
1) Mewujudkan sistem permohonan zakat yang inklusif untuk semua pelajar yang memerlukan bantuan
2) Melaksanakan kaedah pengagihan zakat yang adil berasaskan keperluan pemohon secara individu
3) Mengusahakan kadar agihan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan minima pembelajaran penerima zakat
Unit Zakat ACIS di UiTM Cawangan Perak ini mempunyai 3 fungsi utama iaitu berfungsi sebagai entiti yang menjalankan program pembangunan, kutipan dan pengagihan zakat kepada seluruh warga UiTM yang berhak.
TARIKH PENTING
Tarikh permohonan dibuka: 11 Mac 2025
Tarikh permohonan ditutup : 20 April 2025
SIAPA YG LAYAK MEMOHON?
1) Beragama Islam
2) Semua pelajar UiTM Cawangan Perak (Kampus Seri Iskandar & Tapah)
3) Program diploma / ijazah
4) Tidak berstatus pelajar baru (baru memasuki program diploma part 1, atau baru memasuki program ijazah termasuk pelajar penerapan).
BAGAIMANA MEMOHON?
1) Isi borang google form PERMOHONAN ZAKAT UITM CAW PERAK SEMESTER 20252 menggunakan akaun Google pelajar UiTM @student.uitm.edu.my
2) Sila baca syarat-syarat permohonan terlebih dahulu sebelum mengisi borang supaya tidak berlaku kesilapan dan ketidakfahaman semasa mengisi borang permohonan.
Borang boleh diakses daripada link:
https://forms.gle/T9YbNB8jdn2hcaB19
DOKUMEN BUKTI YANG DIPERLUKAN?
1) Gambar kad pengenalan
2) BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN & TANGGUNGAN ISI RUMAH TERKINI 20252 yang telah disahkan pihak berkenaan. Penggunaan borang tidak terkini akan ditolak (Hanya borang yang dikeluarkan oleh Unit Zakat UiTM Cawangan Perak sahaja diterima dan borang pengesahan 20244 yang telah disahkan pada semester lepas boleh digunakan untuk permohonan semester 20252)
Borang boleh diakses daripada link:
https://tinyurl.com/yysd5475
3) Dokumen bukti sedang atau pernah menerima PEMBIAYAAN PELAJARAN untuk peringkat pengajian semasa, khusus kepada; 1) Pelajar yang masih menerima tajaan / pinjaman; 2) Pelajar yang pembiayaan telah tamat kerana melebihi tempoh pembiayaan kerana cuti khas sakit atau semester lanjutan (SML); 3) Pelajar yang pernah pemerima PTPTN dan perlu membayar terlebih dahulu disebabkan menukar program pengajian.
Pelajar yang pembiayaan telah melebihi tempoh kerana cuti khas perlu sertakan BORANG PENGESAHAN TIDAK MENERIMA PEMBIAYAAN PELAJARAN BAGI SEMESTER 20252
Pelajar yang pembiayaan telah melebihi tempoh kerana berada dalam SEMESTER LANJUTAN perlu sertakan tangkap layar maklumat pelajar daripada student portal yang mengesahkan status semester
Isi kandungan dokumen bukti:
Bukti perlu mengandungi maklumat yang boleh digunakan untuk mengira; 1) jumlah pembiayaan sepanjang pengajian & bilangan semester yang dibiayai atau; 2) jumlah pembiyaan untuk satu semester, seperti berikut:
Dokumen bukti adalah seperti berikut:
✅PTPTN, Kerajaan Negeri, Tajaan Zakat Negeri, Pembiayaan Swasta: Surat tawaran (surat tawaran PTPTN boleh dimuat turun daripada portal PTPTN)
✅MARA & JPA: Surat tawaran atau tangkap layar penyata kemasukan pembiayaan satu semester daripada portal pinjaman
4) Borang pengesahan TIDAK MENERIMA PEMBIAYAAN khusus kepada; 1) Pelajar yang tidak pernah menerima pembiayaan pelajaran; 2) Pelajar yang pernah menerima tetapi ditamatkan kerena pencapaian akademik GPA di bawah 2.0; 3) Pelajar bukan SML atau cuti khas, pernah menerima pembiayaan selain PTPTN tetapi telah tamat dan tidak memonon PTPTN.
Borang boleh diakses daripada link:
https://tinyurl.com/39y8waea
5) Tangkap layar kemaskini maklumat akaun bank di FinePortal UiTM dan pastikan nama bank dan no akaun bertepatan serta akaun adalah akaun yang aktif, untuk mengelak kelewatan pembayaran zakat atau zakat dibayar ke akaun bukan penerima.
SILA HUBUNGI
Unit Zakat, Sedekah & Wakaf
UiTM Cawangan Perak
Lokasi : Pejabat Unit Hal Ehwal Islam, Pusat Islam, UiTM Kampus Seri Iskandar
Talian Pejabat : 05- 374 2392
Whatsapp : 011-5818 8761
- Permohonan sedekah boleh dibuat di Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Perak.
- Sila rujuk Pejabat Unit Hal Ehwal Islam, Tingkat satu, Pusat Islam UiTM Cawangan Perak
-
S: Bagaimana bantuan zakat di UiTM Cawangan Perak diagihkan
J: Bantuan zakat diagihkan berasaskan kepada kelemahan kedudukan kewangan pelajar berbanding kos minima pembelajaran untuk satu semester.
S: Siapa yang layak memohon?
J: Semua pelajar pra diploma, diploma & ijazah semester KEDUA ke atas termasuk penerima tajaan pendidikan
S: Bilakah saya boleh memohon?
J: Setiap awal semester selepas pengumuman keputusan peperiksaan sebelum pendaftaran semester baru
S: Bagaimana hendak memohon?
J: Permohonan secara atas talian menggunakan borang Google Form. (Sila rujuk iklan zakat di web uitm cawangan perak)
S: Bagaimana saya membelanjakan wang zakat fisabilillah (pendidikan)?
J: Wang zakat fisabilillah (pendidikan) tidak boleh digunakan kecuali untuk memenuhi kepentingan berkaitan fisabilillah (pendidikan) tersebut.
-
Sebarang permasalahan boleh menghubungi nombor yang tertera: -
HAMDI RAHMAN BIN MOHD YAACOB
Koordinator
05-374 2037
Whatsapp : 011-5818 8761
hamdi105@uitm.edu.my
Sekian, terima kasih.Dikeluarkan oleh:
UNIT ZAKAT, SEDEKAH & WAKAF
UiTM Cawangan Perak