

Dalam usaha mewujudkan sebuah kampus yang lebih lestari, dengan kadar pengeluaran karbon yang rendah serta menyokong usaha-usaha "Greenation UiTM" untuk mencapai UI GreenMetric, UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah bakal melaksanakan satu program penanaman pokok sebanyak 135 unit anak pokok yang telah mendapat sumbangan daripada Perbadanan Menteri Besar Perak.


