Bendahari

Pengenalan

Selaras dengan wawasan Universiti untuk menjadikan pusat kecemerlangan Akademik yang menghasilkan graduan yang cemerlang dalam bidang-bidang pengajian yang disediakan Pejabat Bendahari telah mengatur beberapa program untuk meningkatkan Kualiti Menyeluruh dengan memberi fokus yang seimbang kepada 3 komponen penting organisasi iaitu Rakan Sekerja, Business dan Pelanggan.


Visi

Untuk menjadikan Pusat Pengurusan Kewangan yang cekap melalui pembaikan dan inovasi.


Misi

Mengendalikan khidmat Pengurusan Kewangan dengan cekap, cepat, tepat dan bertanggungjawab selaras dengan objektif dan misi UiTM.


Urusan Utama

Menguruskan Sistem Kewangan bagi menyokong kemudahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan graduan cemerlang dalam bidang-bidang pengajian yang disediakan di kampus ini.


Objektif

Menentukan Pengurusan Kewangan berjalan dengan cekap dan teratur bagi memudahkan pelanggan disamping menepati kehendak-kehendak peraturan Kewangan Universiti Serta memberi khidmat sokongan yang cekap, tepat dan teratur kepada semua bahagian di UiTM dan Menjadi pusat rujukan bagi hal-hal Kewangan di Universiti.

 

Fungsi-Fungsi

Menyediakan anggaran belanjawan tahunan dan mengurus serta mengawal peruntukan dengan cekap dan bertanggungjawab bagi memastikan sumber kewangan universiti di tadbir secara optimum.

Last Updated on Monday, 09 November 2009 14:43